Usahawan India Semakin Meningkat Di Malaysia

Apabila bercakap tentang ahli perniagaan India, nama yang sering disebut orang ialah Tan Sri Ananda Krishnan dan Datuk Tony Fernandes saja. Sebenarnya tak banyak yang kita tahu mengenai orang-orang India yang lain yang dikategorikn dalam senarai jutawan negara.

Untuk pengetahuan anda, Tan Sri Ananda Krishnan memiliki harta yang dianggarkan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion) manakala Datuk Tony Fernandes mempunyai RM1.77 bilion.

Image credit: The Worldfolio

 

Kini telah mempunyai ramai usahawan bangsa India yang dikatakan dalam senarai individu terkaya di Malaysia. Antaranya adalah Tan Sri Ninian Mogan Lourdenadin, doktor berketurunan India yang beralih menjadi hartawan runcit. Beliau merupakan usahawan baru yang tersenarai antara individu terbaru 40 rakyat Malaysia terkaya. Sebagai Ketua Pegawai Ekesekutif MBF Holdings, beliau menjalankan perniagaan haratanah, pelancongan serta perniagaan perkhidmatan industri perubatan dari Malaysia ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Image credit: World News

Selain itu, seorang individu India lagi turut mencatat nama sebagai usahawan berjaya iaitu Tan Sri A K Nathan, pengasas Eversendai Corporation Sdn. Bhd yang yang menerajui syarikat fabrikasi, mereka bentuk dan memasang struktur keluli.

Berikut adalah antara senarai individu-individu bangsa India yang dianggap usahawan berjaya di Malaysia:

1.Usaha Tegas-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

2.AirAsia-Anthony Francis Fernandes(Datuk Tony Fernandes)

3.Multi Vest Resorces Berhad-K.Ketheeswaran(Dato K.Kenneth Eswaran)

4.Chase Perdana Berhad-Mohan Krishna Swamy(Dato Mohan K Swamy)

5.MK Land- Kasi

6.Binariang-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

7.Pan Malaysian Pools-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

8.Tanjong Golden Village-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

9.Maxis-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

10.Tanjong PLC-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

11.Astro-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

12.Powertek Berhad-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

13. Quest International-Vijay Eswaran

14. Amway- Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham

15. Eversendai-A.K.Nathan

16. Measat Global Berhad- Ralph Marshall

17. MBF Holdings Berhad- Dr Ninian Mogan Lourdenadin(Lourdes)CEO

18. MBF Holdings Berhad- Susan A/P Rajanayagam MD

19. Meda Inc. – Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

20. SP Setia- George Anthony Dass David

21. Scicom- Dato’ Ahmad Kabeer Bin Mohamed Nagoor/Krishnan Menon

22. Safeguards Corporation-Darmendran Kunaretnam

Dulu, masyarakat India sering dikaitkan dengan gangsterism dan kemiskinan tetapi kini ada anjakan paradigma yang hebat dalam kalangan masyarakat India di negara ini.

Source: Puteraizman.my

Facebook Comments

Like Us