Duit Kemenangan Piala Malaysia Dihulurkan Kepada Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

Image credit: Facebook JOHOR Southern Tigers

Kelab bola sepak gergasi negara, Johor Darul Takzim (JDT) akan memberi bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di negeri Pulau Pinang.

Image credit: Utusan

JDT telah merangkul Piala Malaysia pada Sabtu lalu dengan menewaskan pasukan Kedah di stadium Shah Alam dengan kemenangan bergaya iaitu 2-0.

Jumlah wang yang dimenangi oleh pasukan JDT ini digunakan untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir yang sedang melanda di Pulau Pinang.

Presidennya, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, berkata kelab itu sebelum ini juga banyak memberikan bantuan kepada kerajaan negeri dan akan terus melakukan perkara sama.

Kelab JDT dan pemainnya telah memberi kenyataan bahawa sudi memberi bantuan kewangan kepada mangsa banjir menerusi laman facebook mereka iaitu JOHOR Southern Tigers.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers

Facebook Comments

Categories

Like Us