Tolong share supaya dapat membantu orang lain. KERJA KOSONG SINGAPURA. Jangan tertipu dengan agent

1.      Kepada yang mencari kerja kosong di Singapura jangan tertipu dengan iklan-iklan kerja kosong di facebook. Terutamanya dari mereka yang meminta bank in duit. Agent yang sebenar tidak akan mengenakan sebarang cas bayaran sebaliknya mereka akan ambil bayaran dari pihak majikan ataupun akan memotong bayaran dari gaji selepas dah memulakan kerja. Kalau ada yang minta bayaran sebelum memulakan pekerjaan jangan percaya kesemuanya adalah scam.

2. Bagaimana cara kenal scammer dengan agent pekerjaan yang benar.

A) Agent pekerjaan akan mengunakan e-mail syarikat cthnya: ——[email protected],——[email protected],——[email protected] dll. Scammer akan menggunakan akaun e-mail biasa gmail, yahoo, msn dll.

B) Cara mengenal nombor telefon, Kebiasanya agent pekerja akan mengunakan nombor telefon pejabat untuk menghubungi calon-calon yang mencari kerja atau yang berjaya mendapat perkerjaan. Ada juga agent mengunakan whatsapp. Pastikan nombornya adalah nombor Singapura. Nombor pejabat bermula +656——- dan nombor telefon bimbit bermula +658——- atau +659—–, nombor selain dari itu cthnya nombor telefon bimbit malaysia ataupun luar negara lain biasanya adalah scammer, selain itu ada juga scammer yang mengunakan nombor telefon singapura untuk menipu. Cara untuk kenali scammer, minta nama syarikat dan email id, kalau email id dan nama syarikat tidak sama kemungkinan adalah scammer.

C) Agent minta hadir temuduga. Kebiasanya agent akan meminta anda untuk hadir ke pejabat mereka dulu untuk mengambil maklumat berkenaan diri anda sebelum menghantar anda ke temuduga.

3) Kepada yang berbangsa Melayu dari Malaysia anda memang tidak layak bekerja sebagai pengawal keselamatan, jadi jangan bazirkan masa mencari kerja pengawal keselamatan. Kepada yang berbangsa India dan Cina anda perlu hadir kursus WSQ dan perlu lulus (bayaran dikenakan sgd400-sgd600). Ada agent yang menyediakan kursus WSQ dan akan menolak duit dari gaji selapas dah bekerja.

4) Cara yang paling mudah untuk mendapat kerja pengawal keselamatan adalah dengan bekerja dengan Certis Cisco. Caranya senang sahaja, pastikan ada 1 credit dalam SPM, tiada tatoo ditangan atau senang dilihati, sediakan duit rm50 untuk good conduct dan boleh terus hadirkan diri ke walk in interview di paya lebar (mrt paya lebar). Kalau anda dipilih untuk bekerja dengannya, kursus disediakan oleh pihak certis cisco sendiri (tidak perlu buat sebarang bayaran kursus, gaji berjalan beb, beranang sambil minum air). Selain itu boleh hadirkan diri di Terminal 2 Changi Airport untuk pekerjaan AVSO/screening.

5) Sebelum hadir temuduga iklan dari surat khabar, sila buat panggilan telefon dulu sebelum hadir temuduga untuk mengetahui kuota Malaysian.

 

Selamat dapat pekerjaan di Singapura

Facebook Comments

Like Us