Sahabat Melayu anggap Indian seperti abang, mereka teruja diminta jadi pengapit

Pada Sabtu lalu, R. Shatheswaran, 31, memilih and sembilan sahabat berketurunan Melayu untuk menjadi ‘groomsmen’ (pengapit lelaki) pada majlis persandingannya bersama Dr R. Arunna Neelini, 33.

Muhammad Firdaus Mohd Fauzi sedikit pun tidak menyangka akan dipelawa menjadi pengapit lelaki perkahwinan rakan baiknya di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya.

Sesudah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan, masing-masing dengan hala tuju sendiri menunggu ‘posting’, seorang rakan Shatheswaran Rajadesingi,31, pula sibuk dengan persediaan perkahwinan.

Menariknya Firdaus dan 8 lagi rakan berbangsa Melayu pertama kali diberi peluang merasai pengalaman perkahwinan rakan Hindu.

Memetik perkongsian gambar dalam Twitternya, Firdaus menulis, “Perkahwinan India pertama saya sertai dengan semua pengapitnya terdiri daripada rakan Melayu. Ini, sesuatu yang anda tidak akan lihat setiap masa”.

Buat kali pertama Firdaus bukan sahaja menjadi tetamu sebuah perkahwinan India malah umpama ‘dinaikkan pangkat’ menjadi pengapit atas dasar menghormati persaudaraan yang dibina di kolej.


Firdaus berkata, biarpun berlainan bangsa dan agama, ia tidak menghalang mereka untuk terus bersama khususnya pada hari penting seperti perkahwinan.

 

Teruja dengan sambutan itu, mereka juga diberikan tanggungjawab antaranya mengawal koreografi tarian sebelum pasangan mempelai masuk dewan, mengawasi joki (DJ) dewan, logistik dan meyediakan ucapan sebagai rakan kepada Shatesh.

“Umumnya, kebanyakan perkara diuruskan oleh mempelai dan kami berada di sana untuk memeriahkan majlis dan menjadikan impiannya menjadi realiti,” ujar Firdaus.

Perkongsian Twitter Firdaus mengenai perkahwinan Shatesh dan isteri, Dr Arunna Neelini dikongsi hampir 4,000 kali.

Anda boleh visit viral Twitter  sini

Source from FMT, The Star and Twitter

Facebook Comments

Like Us